Nama ahli kumpulan: 1.Sara Samantha Iyok
2.Nuryusma Athirah
Nama guru:Cikgu Shadatina
Cikgu Elissia
Wednesday, 26 August 2015
tarian bidayuh
Tarian Suku Kaum Bidayuh
Bagi masyarakat Bidayuh, muzik memainkan peranan yang penting dalam setiap upacara keagamaan yang mereka jalankan. Muzik ini berperanan menaikkan semangat, mengusir roh jahat dan sebagai pententeram kepada semangat roh. Muzik juga memainkan peranan dalam pemberitahuan motif sesuatu upacara yang dijalankan. Umumnya muzik tradisional masyarakat Bidayuh terdiri daripada sepasang gong besar terbahagi daripada dua iaitu Oguong dan Kitaak, canang, Gendang atau Pedabat dan Tawak(sejenis gong kecil. Terdapat juga alat muzik tradisional yang lain seperti serunai/seruling dan gitar buluh. Namun alat muzik seumpama ini amat kurang dimainkan kerana proses pembuatannya yang agak rumit.
Tarian Kipas
Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.
TARIAN TRADISIONAL KAUM IBAN
Tarian Tradisional Kaum Iban
Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:-- Ngajat Induk
- Ngajat Bebunoh
- Ngajat Lesong
- Ngajat Semain
- Ngajat Berayah
- Ngajat Pua Kumbu
- Ngajat Kuta
- Ngajat Ngalu Temuai
- Ngajat ““Ngemai antu pala”
Tarian ini ditarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut Hari Gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.
Satu lagi cara dan gerak tari tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.
Ngajat adalah antara tarian orang ulu yang begitu terkenal dewasa ini. Terdapat banyak jenis tarian Ngajat orang ulu, antaranya adalah tarian Ngajat solo, berpasangan dan Ngajat secara berama-ramai.
Sebagai sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak, tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang. Pada suatu waktu dulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang.
Pahlawan lelaki mempamerkan pergerakan yang tangkas di sepanjang persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir.
Kini persembahan tarian tradisional yang dulunya hanya dapat dinikmati ketika perayaan Gawai dan musim menuai kini sudah diperkembangkan dan dikomersialan untuk tujuan memperkukuhkan sektor pelancongan dan memperkasakan budaya.
Tarian Tradisional Kaum Melanau
TARIAN MELANAU
Tarian masyarakat melanau amat berlainan dengan masyarakat lain di Malaysia. Kebanyakan tarian masyarakat melanau bersifat pemujaan. Mungkin diadaptasi dari tradisi “pebayoh” bagi memuja ipok untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Pada zaman dahulu, tarian ini hanya dilakukan pada masa-masa tertentu sahaja. Antaranya ialah semasa perayaan Kaul bagi meminta keberkatan dari ipok agar memurahkan rezeki mereka.
Tarian masyarakat melanau juga berkait dengan tradisi bertani oleh masyarakat melanau. Antaranya bagi meminta keberkatan untuk menebang mulung atau rumbia yang menurut kepercayaan masyarakat melanau terdapat penunggu di kelopak dahan pokok palma ini. Jadi bagi memudahkan proses menebang terdapat satu tarian yang dilakukan bagi melembutkan hati makluk halus itu meninggalkan pohon itu dan memberi ruang kepada petani untuk menebang pokok rumbia itu.
Sebenarnya banyak lagi tarian masyarakat melanau yang kita tidak ketahui. Mungkin sudah ditelah masa kerana kurangnya penari tradisional. Mungkin juga golongaan penari pada masa dahulu adalah golongan elit dan tidak berkongsi bakat mereka dengan orang lain. Atau mungking kita terpaksa mencodok tarian masyarat lain kerana kita adalah serumpun.
Subscribe to:
Posts (Atom)