Wednesday, 26 August 2015

Nama ahli kumpulan: 1.Sara Samantha Iyok
                                     2.Nuryusma Athirah
Nama guru:Cikgu Shadatina
                    Cikgu Elissia


tarian bidayuh

Tarian Suku Kaum Bidayuh

Bagi masyarakat Bidayuh, muzik memainkan peranan yang penting dalam setiap upacara keagamaan yang mereka jalankan. Muzik ini berperanan menaikkan semangat, mengusir roh jahat dan sebagai pententeram kepada semangat roh. Muzik juga memainkan peranan dalam pemberitahuan motif sesuatu upacara yang dijalankan. Umumnya muzik tradisional masyarakat Bidayuh terdiri daripada sepasang gong besar terbahagi daripada dua iaitu Oguong dan Kitaak, canang, Gendang atau Pedabat dan Tawak(sejenis gong kecil. Terdapat juga alat muzik tradisional yang lain seperti serunai/seruling dan gitar buluh. Namun alat muzik seumpama ini amat kurang dimainkan kerana proses pembuatannya yang agak rumit.

Tarian Kipas


Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.

TARIAN TRADISIONAL KAUM IBAN


 Tarian Tradisional Kaum Iban
 Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:-
  1. Ngajat Induk
  2. Ngajat Bebunoh
  3. Ngajat Lesong
  4. Ngajat Semain
  5. Ngajat Berayah
  6. Ngajat Pua Kumbu
  7. Ngajat Kuta
  8. Ngajat Ngalu Temuai
  9. Ngajat ““Ngemai antu pala”

 Penari akan memakai pakaian tradisional seperti'sirat', 'gagung' atau baju burung.  Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung.  Gagung adalah sejenis baju yang tebal dan keras diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.
Tarian ini ditarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu.  Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya.  Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut Hari Gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.
Satu lagi cara dan gerak tari tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.
Ngajat adalah antara tarian orang ulu yang begitu terkenal dewasa ini.  Terdapat banyak jenis tarian Ngajat orang ulu, antaranya adalah tarian Ngajat solo, berpasangan dan Ngajat secara berama-ramai.
Sebagai sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak, tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang.  Pada suatu waktu dulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang. 
Pahlawan lelaki mempamerkan pergerakan yang tangkas di sepanjang persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir.
Kini persembahan tarian tradisional yang dulunya hanya dapat dinikmati ketika perayaan Gawai dan musim menuai kini sudah diperkembangkan dan dikomersialan untuk tujuan memperkukuhkan sektor pelancongan dan memperkasakan budaya. 

Tarian Tradisional Kaum Melanau



TARIAN MELANAU

     Tarian masyarakat melanau amat berlainan dengan masyarakat lain di Malaysia. Kebanyakan tarian masyarakat melanau bersifat pemujaan. Mungkin diadaptasi dari tradisi “pebayoh” bagi memuja ipok untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Pada zaman dahulu, tarian ini hanya dilakukan pada masa-masa tertentu sahaja. Antaranya ialah semasa perayaan Kaul bagi meminta keberkatan dari ipok agar memurahkan rezeki mereka.
                Tarian masyarakat melanau juga berkait dengan tradisi bertani oleh masyarakat melanau. Antaranya bagi meminta keberkatan untuk menebang mulung atau rumbia yang menurut kepercayaan masyarakat melanau terdapat penunggu di kelopak dahan pokok palma ini. Jadi bagi memudahkan proses menebang terdapat satu tarian yang dilakukan bagi melembutkan hati makluk halus itu meninggalkan pohon itu dan memberi ruang kepada petani untuk menebang pokok rumbia itu.
                Sebenarnya banyak lagi tarian masyarakat melanau yang kita tidak ketahui. Mungkin sudah ditelah masa kerana kurangnya penari tradisional. Mungkin juga golongaan penari pada masa dahulu adalah golongan elit dan tidak berkongsi bakat mereka dengan orang lain. Atau mungking kita terpaksa mencodok tarian masyarat lain kerana kita adalah serumpun.

Saturday, 25 July 2015

Pengalaman Menjadi Ahli Kelab Kebudayaan MRSM Mukah

           Sepanjang kami menjadi ahli Kelab Kebudayaan Mrsm Mukah,kami telah mempelajari pelbagai tarian tradisional yang ada di Malaysia.Antaranya adalah tarian sewang.Kami berasa sangat seronok dapat mempelajari tarian tersebut.Bagi kami,setiap tarian mempunyai maksud dan keunikan yang tersendiri.Perkara itu telah membuatkan kami untuk terus bersemangat mempelajari tarian yang berikutnya.

Tarian Tradisional yang terdapat di Malaysia

TARIAN DATUN JULUD




Tarian Datun Julud popular dalam kalangan masyarakat kayan / Kenyah yang mendiami pendalaman Bulungan, Kutai, Berau, dan Pasir iaitu kawasan persempadanan antara Sarawak dan Kalimantan Timur. Asal usul tarian Datun Julud ialah dipercayai dicipta oleh seorang raja suku Dayak Kenyah di Apo Kayan bernama Nyik Selong sebagai tanda kegembiraan serta rasa syukurnya kepada Maha Dewa kesyukuran atas kelahiran cucunya. Selepas peristiwa tersebut, tarian Datun Julud terus diminati dalam kalangan masyarakat sekitarnya dan terus berkembang ke kawasan daerah lain di Negeri Sarawak.

Bilangan kaum Kenyah sebelum abad ke – 20 dilaporkan terdiri daripada 23, 000 orang. Kaum kayan dan Kenyah yang tinggal di kawasan Kuala Sungai Long dan mempunyai perhubungan yang rapat antara satu dengan yang lain. Hal ini, menyebabkan kaum Kayan dan Kenyah mempunyai budaya yang sangat serupa. Contohnya, kedua –dua kaum ini sama-sama memperkenalkan tarian Datun Julud sehingga ke hari ini. Walaupun kaum Bahau hidup bersama namun mereka mempunyai bahasa ibunda yang berlainan. Dari segi ekonomi pula, kaum Bahau mengamalkan pertanian sara diri iaitu menanam padi bukit di lereng atau cerang hutan serta di kawasan sawah. 

Dari segi asal usulnya pula, Orang Kenyah berasal dari Ulu Sungai Baram dan berpusat di daerah Long San. Orang Kayan pula penempatan asal mereka ialah di lembah Sungai sepajang Hulu Batang Baram, Usun Apau, Balui, Kawasan Tinjar, dan Ulu Batang Rajang.

Dipercayai orang Kayan dan Kenyah yang ada di Sarawak berasal dari keturunan Melayu dan juga dari keturunan Bugis dari Kepulauan Indonesia. Mereka suka menindik cuping telinga dan digantung dengan gelang timah atau tembaga yang berat supaya cuping telinga lanjut sampai ke bahu. Orang Kayan juga suka dan pandai bertukang besi untuk dijadikan alat keperluan harian seperti perkakas asas dan senjata. Contohnya alatan tersebut ialah parang, beliung, kapak dan banyak lagi.

Sekarang tarian Datun Julud, kebiasaannya dipersembahkan pada hari-hari kebesaran atau pun untuk meraikan kedatangan pelawat ke rumah panjang terutamanya pelancong luar negeri. Tarian ini boleh ditarikan berseorangan atau berkumpulan. kebiasaanya, tarian Datun Julud ini dipersembahkan pada waktu petang oleh sekumpulan wanita. Dalam kesempatan inilah, penari-penari wanita akan dinilai dari segi kecantikan dan kebolehan menari
.