Saturday, 25 July 2015

Tarian Tradisional yang terdapat di Malaysia

TARIAN DATUN JULUD




Tarian Datun Julud popular dalam kalangan masyarakat kayan / Kenyah yang mendiami pendalaman Bulungan, Kutai, Berau, dan Pasir iaitu kawasan persempadanan antara Sarawak dan Kalimantan Timur. Asal usul tarian Datun Julud ialah dipercayai dicipta oleh seorang raja suku Dayak Kenyah di Apo Kayan bernama Nyik Selong sebagai tanda kegembiraan serta rasa syukurnya kepada Maha Dewa kesyukuran atas kelahiran cucunya. Selepas peristiwa tersebut, tarian Datun Julud terus diminati dalam kalangan masyarakat sekitarnya dan terus berkembang ke kawasan daerah lain di Negeri Sarawak.

Bilangan kaum Kenyah sebelum abad ke – 20 dilaporkan terdiri daripada 23, 000 orang. Kaum kayan dan Kenyah yang tinggal di kawasan Kuala Sungai Long dan mempunyai perhubungan yang rapat antara satu dengan yang lain. Hal ini, menyebabkan kaum Kayan dan Kenyah mempunyai budaya yang sangat serupa. Contohnya, kedua –dua kaum ini sama-sama memperkenalkan tarian Datun Julud sehingga ke hari ini. Walaupun kaum Bahau hidup bersama namun mereka mempunyai bahasa ibunda yang berlainan. Dari segi ekonomi pula, kaum Bahau mengamalkan pertanian sara diri iaitu menanam padi bukit di lereng atau cerang hutan serta di kawasan sawah. 

Dari segi asal usulnya pula, Orang Kenyah berasal dari Ulu Sungai Baram dan berpusat di daerah Long San. Orang Kayan pula penempatan asal mereka ialah di lembah Sungai sepajang Hulu Batang Baram, Usun Apau, Balui, Kawasan Tinjar, dan Ulu Batang Rajang.

Dipercayai orang Kayan dan Kenyah yang ada di Sarawak berasal dari keturunan Melayu dan juga dari keturunan Bugis dari Kepulauan Indonesia. Mereka suka menindik cuping telinga dan digantung dengan gelang timah atau tembaga yang berat supaya cuping telinga lanjut sampai ke bahu. Orang Kayan juga suka dan pandai bertukang besi untuk dijadikan alat keperluan harian seperti perkakas asas dan senjata. Contohnya alatan tersebut ialah parang, beliung, kapak dan banyak lagi.

Sekarang tarian Datun Julud, kebiasaannya dipersembahkan pada hari-hari kebesaran atau pun untuk meraikan kedatangan pelawat ke rumah panjang terutamanya pelancong luar negeri. Tarian ini boleh ditarikan berseorangan atau berkumpulan. kebiasaanya, tarian Datun Julud ini dipersembahkan pada waktu petang oleh sekumpulan wanita. Dalam kesempatan inilah, penari-penari wanita akan dinilai dari segi kecantikan dan kebolehan menari
.



No comments:

Post a Comment