Saturday, 25 July 2015

Pengalaman Menjadi Ahli Kelab Kebudayaan MRSM Mukah

           Sepanjang kami menjadi ahli Kelab Kebudayaan Mrsm Mukah,kami telah mempelajari pelbagai tarian tradisional yang ada di Malaysia.Antaranya adalah tarian sewang.Kami berasa sangat seronok dapat mempelajari tarian tersebut.Bagi kami,setiap tarian mempunyai maksud dan keunikan yang tersendiri.Perkara itu telah membuatkan kami untuk terus bersemangat mempelajari tarian yang berikutnya.

Tarian Tradisional yang terdapat di Malaysia

TARIAN DATUN JULUD




Tarian Datun Julud popular dalam kalangan masyarakat kayan / Kenyah yang mendiami pendalaman Bulungan, Kutai, Berau, dan Pasir iaitu kawasan persempadanan antara Sarawak dan Kalimantan Timur. Asal usul tarian Datun Julud ialah dipercayai dicipta oleh seorang raja suku Dayak Kenyah di Apo Kayan bernama Nyik Selong sebagai tanda kegembiraan serta rasa syukurnya kepada Maha Dewa kesyukuran atas kelahiran cucunya. Selepas peristiwa tersebut, tarian Datun Julud terus diminati dalam kalangan masyarakat sekitarnya dan terus berkembang ke kawasan daerah lain di Negeri Sarawak.

Bilangan kaum Kenyah sebelum abad ke – 20 dilaporkan terdiri daripada 23, 000 orang. Kaum kayan dan Kenyah yang tinggal di kawasan Kuala Sungai Long dan mempunyai perhubungan yang rapat antara satu dengan yang lain. Hal ini, menyebabkan kaum Kayan dan Kenyah mempunyai budaya yang sangat serupa. Contohnya, kedua –dua kaum ini sama-sama memperkenalkan tarian Datun Julud sehingga ke hari ini. Walaupun kaum Bahau hidup bersama namun mereka mempunyai bahasa ibunda yang berlainan. Dari segi ekonomi pula, kaum Bahau mengamalkan pertanian sara diri iaitu menanam padi bukit di lereng atau cerang hutan serta di kawasan sawah. 

Dari segi asal usulnya pula, Orang Kenyah berasal dari Ulu Sungai Baram dan berpusat di daerah Long San. Orang Kayan pula penempatan asal mereka ialah di lembah Sungai sepajang Hulu Batang Baram, Usun Apau, Balui, Kawasan Tinjar, dan Ulu Batang Rajang.

Dipercayai orang Kayan dan Kenyah yang ada di Sarawak berasal dari keturunan Melayu dan juga dari keturunan Bugis dari Kepulauan Indonesia. Mereka suka menindik cuping telinga dan digantung dengan gelang timah atau tembaga yang berat supaya cuping telinga lanjut sampai ke bahu. Orang Kayan juga suka dan pandai bertukang besi untuk dijadikan alat keperluan harian seperti perkakas asas dan senjata. Contohnya alatan tersebut ialah parang, beliung, kapak dan banyak lagi.

Sekarang tarian Datun Julud, kebiasaannya dipersembahkan pada hari-hari kebesaran atau pun untuk meraikan kedatangan pelawat ke rumah panjang terutamanya pelancong luar negeri. Tarian ini boleh ditarikan berseorangan atau berkumpulan. kebiasaanya, tarian Datun Julud ini dipersembahkan pada waktu petang oleh sekumpulan wanita. Dalam kesempatan inilah, penari-penari wanita akan dinilai dari segi kecantikan dan kebolehan menari
.



Tarian Tradisional di Malaysia

TARIAN KATHAK

Kathak (Hindi: कथक, Urduکتھک) merupakan salah satu dari lapan bentuk tarian klasik India, berasal dari India Utara. Tarian ini boleh dijejak asalnya kepada pencerita lisan nomad India utara silam, dikenali sebagai Kathaks, atau pencerita. Pencerita ini, membuat persembahan di lapangan kampung dan laman kuil, kebanyakannya khusus dalam mengisahkan kisah mitos dan moral dari kitab, dan menokok pengisahan mereka dengan alunan tangan dan mimik muka. Ia pada asasnya merupakan teater, menggunakan alatan dan bunyi muzik bersama gerak tangan, bagi menghidupkan penkisahan. Dalam bentuk kini terkandung bekas tarian kuil dan adat, dan pengaruh pergerakan bhakti. Sejak abad ke-16 seterusnya ia menyerap sesetengah ciri tarian Parsi dan tarian Asia Tengah yang diimport oleh istana diraja era Mughal.
Terdapat tiga jurusan utama atau gharana bagi Kathak dari mana pengamal masa kini menyusur susur galurnya: gharana dari JaipurLucknow danBenares (lahir di istana Kachwaha raja RajputNawab dari Oudh, dan Varanasimengikut turutan); terdapat juga gharana Raigarh yang kurang menonjol dan lebih muda dari mana teknik ketiga-tiga gharana sebelumnya digabung tetapi menjadi terkenal kerana komposisinya yang berbeza.
Tarian Kathak merupakan salah satu lagi tarian klasikal India yang berasal dari utara India. Perkataan Kathak berasal dari perkataan India Katha yang bermaksud 'seni bercerita'.
Dari sifat asalnya yang merupakan gambaran menghambakan diri kepada dewa-dewa Hindu, Kathak berkembang ke istana-istana pemerintah.
PENGARUH BUDAYA INDO-MUSLIM
Pada kurun ke 11 dan 12, di waktu pemerintahan era Mogul di India persembahan tarian Kathak telah berpindah dari kuil ke istana - istana Mogul. Seni tarian Kathak ketika itu juga telah dicampuri tarian budaya Turki dan Parsi.
Ketika era inilah teknik chakkar (pusing) diperkenalkan. Dipercayai dipengaruhi oleh Tarian Sufi dari Turki.

Tarian Tradisional yang terdapat di Malaysia

TARIAN SINGA

SEJARAH TARIAN SINGA

     Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand,[(Malaysia)] danVietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".
Tarian singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa tersebut menggunakan warna merahjingga,(hijau dan kuning bagi kostum singa betina. Tarian Singa Utara ini mempunyai lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.
Tarian Singa Selatan menjadi lambang yang mempunyai ciri-ciri yang berkaitan dengan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat ataupun upacara untuk membuang semangat jahat dan dipersembahkan sebagai upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna. Kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.Mata singa itu pula berwarna hitam bersama-sama warna putih atau merah bersama-sama warna putih. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan sifat singa yang garang.

Tarian Tradisional yang terdapat di Malaysia

Tarian Zapin

Sejarah Tarian Zapin

     Tarian Zapin (Jawi:زافين) merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semenjung Tanah Melayu, Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan, antaranya adalah:
Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas. Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.
Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di istana setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad ke-16. Pada masa itu negeri Johor menjadi pengganti kepada peranan Melaka sebagai sebuah entrepot antarabangsa pada kurun ke-16.
Tarian zapin ini kemudiannya merebak ke negeri-negeri sekitar Johor seperti di Riau, iaitu pusat pemerintahan Johor lama, Singapura, wilayah Sarawak, dan Brunei Darussalam.